Assalamualaikum ..

Assalamualaikum :)

Khamis, 29 Disember 2011

Soal Jawab Bersama Imam Muda Asyraf ~

hari ni ,, masa on twitter ,, aida terbaca soal jawab bersama salah seorang Imam Muda kita .. sangat best baca soal jawab tu .. banyak ilmu yang aida dapat .. dan tak salah rasanya kalau aida kongsikan di blog nie .. :) .. 


tulisan biru kat bawah ni ialah soalan yang di tanya ,, tulisan merah lak jawapan yang di beri .. :)


apa hukum menghitamkan rambut ??
orang muda boleh tapi kalau orang tua yang beruban tak boleh ..


boleh tak buat solat jamak+qasar sebelm cukup dua marhalah ??
boleh ..


semasa sedang solat berjemaah ,, tiba-tiba ada seorang makmum jatuh sakit .. habiskan solat jemaah dulu atau pergi tolong ??
teruskan solat .. tapi solat dengan ringkas ..


ketika sedang solat sunat ,, tiba-tiba ibu panggil .. kita kena berhenti ke ??
lebih baik berhenti .. jika tidak ,, ibu boleh tersinggung ..


boleh tak saya jemput orang bukan islam ke kenduri aqiqah anak saya ??
banyak pendapat .. bagi saya boleh ..

bangkit dari sujud lebih afdal dengan penumbuk atau tapak tangan ??
dua-dua boleh .. "ajn" iaitu bangkit berdiri dengan menggunakan penumbuk itu juga sunnah yang dilupakan ..

kalau kita mandi tanpa seurat benang ,, dosa tak ??
boleh .. tapi berdosa kalau di swimming pool awam ..

sah tak wuduk kita kalau pakai plaster kat tangan sebab luka ??
boleh wuduk .. ruj web ay ..

dekstop background gambar hero korea .. ambil semangat nak study .. camne ??
tukar gambar katak .. haha

bapak sedara boleh salam dengan anak sedara .. kalau adik mak punya suami pun boleh ??
itu tak boleh ..

kalau makan binatang yang kita kesian waktu sembelih ,, haram tak ??
tak haram ..

perlu ke kita lakukan solat sunat setelah selesai akad nikah ??
tiada solat sunat khusus .. cuma jika bersyukur ,, silakan ..

kalau kita tengah mengaji ,, tiba-tiba azan .. patut ke kita berhenti ??
better jawab azan then sambung ..

kalau kerja kat wayang yang ada serve arak ,, gaji kita tu halal ke tak ??
tak boleh ..

apa hukum lelaki bukan muhrim puji perempuan cantik ??
boleh jika tak timbulkan fitnah ..

kawan buat kesalahan ketika menunaikan solat tapi kita tidak tegur kesalahan dia takut dia salah anggap .. macam mana ??
tegur je ..

macam mana cara untuk mendidik wanita agar menjadi isteri yang solehah ??
ajarlah mencintai Allah lebih dari diri kita sendiri ..

sekiranya menyanyi lagu yang mempunyai senikata tentang agama ??
jika sengaja nyanyi lagu senikata yang syirik ,, tak boleh .. haram ..

sah ke wuduk jika kita ambil tanpa seurat benang ??
sah ..

kalau tindik banyak-banyak subang kat telinga ??
tak boleh tindik yang diluar adat biasa ..

kalau akad nikah tapi tak wuduk ,, apa hukumnya ??
sah .. nikah tak perlu wuduk ..

arak dengan dadah dikira najis ke ??
arak ada khilaf .. dadah tak najis ..

kalau bab jodoh ,, boleh ke wanita mulakan dulu ?? segan laa ..
boleh je ..

apa hukum tulis khat bismillah dalam bentuk burung ??
banyak pandangan .. bagi saya tak boleh ..

kalau makan sambil dengar mp3 boleh tak ??
boleh .. asalkan jangan telan mp3 ..

betul ke lelaki tak boleh pakai inai ??
jika di jari ..

dagu wanita auratkah ??
khilaf .. banyak pandangan .. bagi saya tidak ..

kita dah ambil wuduk .. then make up macam pakai bedak ke .. sah tak solat ??
sah ..

berdosa ke letak nama kucing Adam ??
letak lah nama yang sesuai dengan kucing ..

lelaki boleh pakai rantai ?? bukan rantai emas .. ramai sangat pakai rantai untuk bergaya ..
tak boleh .. rantai bukan perhiasan lelaki ..

ni laa soal jawab tu .. tak banyak pun .. tapi boleh laa kalau untuk dikongsikan bersama ..

Rabu, 21 Disember 2011

Surah-Surah dalam Al-Quran ~



      Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:
·                                  
o        Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.
o        Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
o        Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.
o        An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
o        Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
o        Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
o        Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.
o        Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
o        At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.
o        Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.
o        Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
o        Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.
o        Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.
o        Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
o        An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.
o        Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
o        Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
o        Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.
o        Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
o        Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
o        Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
o        Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
o        An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
o        An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
o        As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
o        An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
o        Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
o        Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
o        Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
o        Luqman: Diberikan hikmah.
o        As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.
o        Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
o        Saba ': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
o        Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
o        Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
o        As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
o        Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
o        Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
o        Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
o        Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.
o        Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
o        Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
o        Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
o        Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
o        Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
o        Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
o        Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
o        Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
o        Qaf: Dimurahkan rezekinya.
o        Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
o        Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
o        An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
o        Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
o        Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
o        Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
o        Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
o        Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.
o        Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
o        Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
o        As-Saff: Ingin mati syahid.
o        Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
o        Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
o        At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
o        At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.
o        Al-Mulk: Besar kerajaannya.
o        Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
o        Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
o        Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
o        Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.
o        Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
o        Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
o        Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
o        Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
o        Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.
o        Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
o        'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
o        An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
o        'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
o        Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
o        Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.
o        Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.
o        Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
o        Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
o        At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
o        Al-A'la: Mudah segala urusannya.
o        Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
o        Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
o        Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.
o        As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
o        Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.
o        Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
o        Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.
o        Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
o        Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.
o        Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
o        Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
o        Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
o        At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
o        Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
o        Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.
o        Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
o        Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
o        Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.
o        Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
o        Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
o        An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.
o        Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.
o        Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
o        Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
o        Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Selasa, 20 Disember 2011

Diet Cara Rasulullah S.A.W .. ~



Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan.
Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikutdiet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
JENIS MAKANAN
Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
CARA MAKAN
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office…;)
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..
(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…… cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek….. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalamdaging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
Rasulullah S.A.W juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Sama-samalah kita mengamalkannya…




sabda Nabi : 'Ilmu itu milik Allah .. barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan ,, Insya-Allah ,, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya ...' :)

Ahad, 18 Disember 2011

Maafkan agar Dimaafkan .. ~

orang yang tidak memaafkan akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya ... Maafkan , nescaya kau akan terlepas .. kau akan terus bebas daripada mengingati kesedihan ,, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu ..


mengapa terlalu sukar untuk memaafkan ?? itu kerana engkau ego dan rasa besar diri .. apa puncanya ego ?? ianya berpunca kerana engkau tidak merasakan kebesaran Allah .. orang yang merasakan kebesaran Allah akan merasakan kekerdilan dirinya ..


Allah lagikan pengampun .. dosa demi dosa hamba-Nya diampunkan semuanya malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya ..


kenapa engkau rasa besar ?? engkaukah yang memberikan dia rezeki ?? engkaukah yang memberikan dia hidayah ?? engkaukah yang menyembuhkan dia daripada sakit demamnya ?? Insaflah .. Allah yang memberikan dia semuanya .. jika Allah begitu besar jasa kepadanya pun boleh memaafkan ,, adakah engkau layak untuk tidak memaafkan ??


cuba bayangkan kasih sayang Allah .. kalau seseorang itu berdosa kemudian bertaubat ,, kemudian berdosa lagi ,, namun Allah kasih dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat ..


sebab itu kata Imam Al-Ghazali ,, jika seseorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa ,, jangan sekali-kali berputus asa untuk bertaubat lagi ..


sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi ,, sebanyak pepasir di pantai ,, seluas air di lautan ,, Allah akan mengampunkannya .. sebesar-besar dosa manusia ,, besar lagi pengampunan Allah .. malah,, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya ..


apakah alasan kita untuk tidak memaafkan ?? sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar manapun dosa kita ini ..


maafkan dosa sesama kita agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan-Nya .. Allah Maha penyayang ,, suka kepada orang yang penyayang .. Allah Maha pemaaf ,, suka kepada orang yang suka memaafkan ...


Maafkanlah agar Dimaafkan ...

Sabtu, 10 Disember 2011

Surah Al-Fatihah ~


Kelebihan Surah Al-Fatihah :

1. Untuk menjaga keselamatan diri
  • Caranya : Surah Al-Fatihah itu dibaca satu kali dengan Surah Al-Ikhlas berserta 'Surah Mua'wwidzatain' (Surah Al-Falaq dan Surah An-Nass) sewaktu hendak tidur.
  • Allah S.W.T akan menjaga kita daripada segala perkara yang kita benci kecuali MATI. Insha Allah ~
2. Supaya bahagia dan selamat
  • Caranya : Bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyah Subuh (solat sunat sebelum Subuh) secara terus menerus. 
  • Jika anda ingin pangkat keduniaan, Insha Allah akan berhasil. Jika fakir dapat kaya. Jika punya hutang dapat membayarnya. Jika sakit dapat sembuh. Jika lemah menjadi kuat. Jika merantau dapat kemuliaan dan ditakuti oleh musuh. Dicintai oleh semua orang sama ada lelaki ataupun perempuan. Semua ucapannya dipercayai oleh masyarakat dan diselamatkan daripada bencana. Insha Allah ~
3. Supaya banyak kebaikan dan hilang kesusahan
  • Caranya : Surah Al-Fatihah dibaca sebanyak 7 kali setiap selesai solat fardhu.
  • Allah S.W.T akan memberi banyak kebaikan dan menghilangkan segala kesusahan yang kita hadapi sama ada yang berkaitan dengan urusan dunia mahupun urusan akhirat. Insha Allah ~
4. Dimudahkan rezekinya dan berhasil apa-apa yang dihajatinya
  • Caranya : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu secara terus-menerus (tanpa berkata-kata).
  • Allah S.W.T akan memudahkan rezeki orang yang membaca itu dan Allah menjaganya dari segala yang membahayakan dirinya serta dimuliakan oleh orang lain. Malah, segala yang dihajatinya, Insha Allah, Allah akan mengabulkannya.
5. Sebagai ubat dari segala penyakit.
  • Diceritakan daripada Ibnu Abbas r.a, ketika Saidina Hassan bin Ali r.a jatuh sakit, Rasulullah S.A.W membaca Surah Al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali, kemudian air itu disapukan ke muka Saidina Hassan bin Ali. Lalu disapukan pula ke kepalanya, tapak kaki dan tangannya. Dengan berkat pertolongan dan keizinan daripada Allah S.W.T, sakitnya segera sembuh.