orang yang tidak memaafkan akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya ... Maafkan , nescaya kau akan terlepas .. kau akan terus bebas daripada mengingati kesedihan ,, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu ..
mengapa terlalu sukar untuk memaafkan ?? itu kerana engkau ego dan rasa besar diri .. apa puncanya ego ?? ianya berpunca kerana engkau tidak merasakan kebesaran Allah .. orang yang merasakan kebesaran Allah akan merasakan kekerdilan dirinya ..
Allah lagikan pengampun .. dosa demi dosa hamba-Nya diampunkan semuanya malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya ..
kenapa engkau rasa besar ?? engkaukah yang memberikan dia rezeki ?? engkaukah yang memberikan dia hidayah ?? engkaukah yang menyembuhkan dia daripada sakit demamnya ?? Insaflah .. Allah yang memberikan dia semuanya .. jika Allah begitu besar jasa kepadanya pun boleh memaafkan ,, adakah engkau layak untuk tidak memaafkan ??
cuba bayangkan kasih sayang Allah .. kalau seseorang itu berdosa kemudian bertaubat ,, kemudian berdosa lagi ,, namun Allah kasih dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat ..
sebab itu kata Imam Al-Ghazali ,, jika seseorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa ,, jangan sekali-kali berputus asa untuk bertaubat lagi ..
sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi ,, sebanyak pepasir di pantai ,, seluas air di lautan ,, Allah akan mengampunkannya .. sebesar-besar dosa manusia ,, besar lagi pengampunan Allah .. malah,, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya ..
apakah alasan kita untuk tidak memaafkan ?? sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar manapun dosa kita ini ..
maafkan dosa sesama kita agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan-Nya .. Allah Maha penyayang ,, suka kepada orang yang penyayang .. Allah Maha pemaaf ,, suka kepada orang yang suka memaafkan ...
Maafkanlah agar Dimaafkan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan