APAKAH MAKSUD CINTA KERANA ALLAH ?
Sekarang ini ramai yang suka berbicara mengenai "Cinta Kerana Allah" . Tapi adakah anda tahu apa maksud sebenarnya ?
Pengertian "Cinta Kerana Allah" adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah atau cinta di jalan Allah . Biasanya seseorang itu bercinta kerana suka atau tertarik terhadap kecantikan dan ketampanan pasangan atau perkara lain yang menarik seperti kekayaan dan bukan didasarkan cinta kepada Allah .
Cuba renung kembali dalam diri kita , adakah sifat cinta kerana Allah telah ada dalam diri kita atau belum ? dan perlu diketahui , seandainya seseorang itu benar-benar cintanya kepada Allah , maka pasti dia akan berusaha menegakkan syariat agama Allah dan tidak akan melanggar larangan-larangan Allah .
Anas bin Malik meriwayatkan , Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Seseorang itu tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang , tidak mencintainya kecuali kerana Allah ; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya"
Dari hadis ini , terdapat beberapa point penting iaitu :
1. mencintai seseorang kerana mencari redha Allah , bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat . Seperti cinta seseorang yang ikut berjihad di jalan Allah , tidak untuk tujuan duniawi . Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi . Dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah .
2. memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir . Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi . Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan , tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan , seperti Khamar atau mengharamkan yang halal .
3. mendahulukan cinta kepada Allah dan rasul-Nya mengalahkan selainnya . Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasul-Nya lebih kuat baginya daripada hak ayahnya , ibunya , anaknya , isterinya dan semua manusia . Membela Islam dengan ucapan dan perbuatan , mengamalkan syariat Islam , mengikuti sunnah dan berakhlak dengan akhlak Rasulullah SAW .
-perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya . namun kadang-kadang ia muncul sebagai ujian dari-Nya untuk kita . Dia ingin melihat bagaimana kita memelihara , mengawal , dan mengurusnya . perasaan cinta itu amanah , dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan