Ujian datang lagi . Alhamdulillah , itu tandanya Allah menyayangiku .
Sedikit perkongsian untuk semua .
"Apabila kita melakukan amalan , usahlah bermegah-megah kepada yang lain . Cukuplah hanya kita dan Allah saja yang mengetahuinya"
"Jangan terus menghukum seseorang tanpa usul periksa . Kelak boleh jadi fitnah . Sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh"
Bersangka baiklah terhadap orang lain . Apabila engkau bertanyakan soalan padanya (contoh : dah solat ?) . Dan dia menjawab (contoh : dah) . Maka , bersangka baiklah terhadapnya . Janganlah engkau bersangka buruk . Mungkin pada ketika itu , dia berkata benar . Sekiranya dia tidak berkata benar sekalipun , itu adalah urusan dia dengan Allah . Kerana dia bukan membohongi kita , tetapi dia telah membohongi Allah . Berkata telah melakukannya (solat) , walhal dia tidak sama sekali melakukan sedemikian . Dan sekiranya engkau masih was-was akan jawapannya , selidiki lah dahulu akan kata-katanya . (Contoh : tanya bila solat , kat mana , cari bukti yang menunjukkan dia telah solat) . Dan sekiranya engkau tidak menemukan apa-apa bukti , nasihatilah dia . Jangan terus menghukumnya . Doakanlah dia supaya terbuka pintu hatinya untuk solat .
Jangan sesekali engkau terus meletakkan andaian bahawa dia berkata bohong . Kerana seandainya apa yang dikatakannya itu benar , tetapi engkau menganggapnya bohong , ianya boleh diumpamakan seperti telah memfitnah . Ingatlah , dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh . Jadi , berhati-hatilah . Sentiasalah bersangka baik .
Saya meminta maaf jika ada perkara yang saya lakukan , telah menyebabkan kalian bersangka buruk terhadap saya . Kerana bagi saya , tak semua perkara perlu diberitahu . Cukuplah hanya saya dan Allah saja yang mengetahuinya .
Saya juga memaafkan kepada sesiapa yang pernah atau tersangka buruk terhadap saya . Semoga Allah membuka pintu hatimu untuk tidak terus suuzon .
In shaa Allah . Sama-samalah kita berubah menuju ke arah jalan yang diredhai-Nya . :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan