Bila ditanya tentang jodoh apa yang kita lakukan sebenarnya dalam menangani hal jodoh ? Adakah kita memilih menunggu dan terus menunggu sambil berharap penuh cemas ? Atau adakah kita akan melakukan 'sesuatu' agar jodoh itu datang menyapa ?
Soal jodoh ini bukan soal enteng , kan ?
Saya pasti perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang tapi tak juga kunjung tiba akan bercampur baur perasaan cemas , kecewa dan lambat laun perasaan ini menjadi tekanan yang berlarutan apabila orang sekeliling mula mendesak dan menyakitkan dengan soalan sensitif yang bertubi-tubi .
Apabila kita ke kenduri-kendara , contohnya . 'Sosek-sosek' orang kampung bertanya pada ibu dan ayah kita , "Ish anak kamu tu lawa orangnya , berpendidikan pulak , apa lagi yang dicarinya tu bang/kak?" atau "Lewat sangat usianya anak abang tu , takda calon lagi ke?"
Kalau sekali dua mungkin tahan cuping telinga tapi kalau selalu ? Saya ada teman yang masih solo bercerita yang dia serik pulang ke kenduri-kendara sanak saudara kerana serik diaju soalan-soalan sebegini .
Mungkin ramai yang masih seorang di luar sana memberi pelbagai jawapan yang rasional kenapa masih membujang . Barangkali ada yang mengatakan belum ada calon yang sesuai , ekonomi belum stabil , masih belajar lagi , takut terkongkong dan sebagainya . Terpulanglah .
Suka saya kongsikan konteks murah rezeki selepas berumah tangga yang disebutkan di dalam Al-Qur'an ;
"Dan nikahilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang patut (menikah) daripada hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi maha mengetahui"
(Surah An-Nur, ayat 32)
...dan mafhum hadis riwayat Imam Dailami dalam Musuad-al-Firdaus; "Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)."
Sebab itulah orang tua kata jangan risau jika lepas berkahwin dan mempunyai anak tak cukup wang untuk bagi anak-anak makan kerana adalah 'rezeki anak' itu nanti . Pernah dengarkan begitu ?
Kepada sahabat-sahabat lelaki yang masih bujang ketahuilah bahawa terdapat tiga kunci kebahagiaan suami dalam isteri yang solehah iaitu ;
1. Jika dipandang membuat semakin sayang
2. Jika kamu pergi membuat tenang kerana dapat menjaga kehormatannya
3. Taat pada suami
2. Jika kamu pergi membuat tenang kerana dapat menjaga kehormatannya
3. Taat pada suami
Pilihlah bakal isteri kerana agamanya kerana Imam Tabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda; "Barangsiapa yang menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatannya) , maka Allah SWT hanya akan menambah kehinaan; barangsiapa yang menikah kerana hartanya , maka Allah SWT tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana hasab (kemuliaannya) , maka Allah SWT hanya akan menambah kerendahannya . Dan barangsiapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya , membentengi farji (kemaluannya) dan mempererat silaturrahim , Maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut"
Janganlah kita jadikan alasan pernah kecewa , inginkan perkahwinan yang glamor umpama puteri raja , tak mampu kerana mas kahwin dan hantarannya mahal , cacat anggota dan rasa rendah diri , tidak boleh kahwin tanpa bercinta dahulu , langkah bendul dan sebagainya sebagai halangan untuk berumahtangga .
Moga yang masih mencari bertemu yang dihajati dan segera membina istana bahagia .
In shaa Allah .
-bila pilihan sudah ada , jangan ditunggu lama-lama . Bersama kecapi bahagia , lengkapi sebahagian agama-
-dipetik daripada artikel IluvIslam- :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan