Dikesempatan ini , saya ingin berkongsi sebuah cerpen yang bagi saya , kisahnya sungguh menyayat hati . Cerpen ini saya peroleh daripada page di facebook . Kisahnya begini :-
"Apa nak jadi dengan kau ni Along ? Bergaduh ! Bergaduh ! Kenapa kau degil sangat ni ? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik , yang tak menyusahkan aku ?" marah ibu . Along hanya membungkam . Tidak menjawab sepatah apapun . "Kau tu dah besar Along . Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM . tapi kau asyik buat hal di sekolah . cuba laa kau ikut macam Angah dengan Alang tu . Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah ?" leter ibu lagi .
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah . Along terus membatukan diri . tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya . tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya . Kali ini darah Along mula menderau . Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu . "sekarang kau cakap , kenapa kau bergaduh tadi ? Kenapa kau pukul anak pengetua tu ? Cakap Along , cakap !" jerkah ibu .
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata . suaranya bagai tersekat di kerongkong . malah , dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar . si ibu makin bengang . "jadi betul laa kau yang mulakan pergaduhan ye ?! nanti kau , suka sangat cari penyakit , sekarang nah , rasakan !" si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan . "sakit bu , sakit .. maafkan Along bu , Along janji tak buat lagi . Bu , jangan pukul bu , sakit bu .. "
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi . "tau sakit ye , kau bergaduh kat sekolah , tak rasa sakit ?!" balas ibu lagi . kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu . "Bu , ampunkan Along bu , bukan Along yang mulakan , bukan Along bu , sakit bu .. " rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih . Along memaut kaki si ibu . berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya .
Along hanya mampu berdoa . dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya . tangis bukan kerana sakitnya dirotan tetapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari . setelah hatinya puas , si ibu mula berhenti merotan Along . tangan Along yang masih memaut kakinya itu ditepis kasar . Along menatap mata ibu . ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu . Along memandang dengan sayu . hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya .
malam itu , Along berjaga sepanjang malam . entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan . dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu pagi tadi . begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya . tapi kali ini marah ibu sangat memuncak . mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya . sewaktu di bilik pengetua , Along sempat menjeling ibu di sebelah . namun , dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara . malah , semua kesalahan itu dilemparkan kepadanya seorang .
si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini . Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya . dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat ditubuhnya dek kerana rotanan ibu tadi . perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya . walaupun sudah biasa dirotan , namun tidak seteruk kali ini .
Along merebahkan badannya . dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap .seketika wajah ibu menjelma di ruang ingatannya . wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya . tetapi , sejak dia gagal dalam SPM , kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu . apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu . Along sedar , dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusa yang corot dalam SPM .
tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya . Along sayang pada ibu . dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi . Along mahu meminta maaf . Dia tidak mahu menjadi anak derhaka . Fikirannya terlalu cacamarba dan perasaannya pula semakin resah gelisah . Akhirnya , dalam kelelahan melayani perasaan m Along terlelap juga .
Seminggu selepas peristiwa itu , si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya . jika ditanya , hanya sepatah dijawab ibu . itupun acuh tidak acuh sahaja . pulang dari sekolah , Along terus menuju ke dapur . dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada disitu . Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu . Along nekad mahu menolong . mudah-mudahan , usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu .
namun , belum sempat dia melangkah ke dapur , adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu . Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka . "ibu , ibu masak apa ni ? banyaknya lauk , ibu nak buat kenduri ye ?" tanya Atih kehairanan . dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu . semuanya enak-enak belaka . si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu .
sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya . "Ibu , Atih nak rasa ayam ni satu , boleh ?" "Eh , jangan ! nanti dulu , ibu tau Atih lapar , tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu . nanti kita makan sekali . pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye" si ibu bersuara lembut . Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan . "anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along . "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu ?" soal Atih lagi . Dia masih belum berganjak dari dapur . si ibu mengangguk sambil tersenyum .
di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan . "oooo . patutlah ibu masak lauk banyak-banyak . mmm bu , tapi Atih pelik laa . kenapa bila Along balik , ibu tak masak macam ni pun ?" Along terkejut mendengar soalan Atih . namun , dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya . "Along kan hari-hari balik rumah ? Kak Ngah dengan Alang lain , diorang kan duduk asrama , balik pun sebulan sekali je" terang si ibu . "tapi , ibu tak pernah masak lauk macam ni untuk Along pun" soal Atih lagi . dahinya sedikit berkerut dek kehairanan . Along mula terasa sebak .
dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya . "dah tu , pergi mandi cepat . kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" arah ibu . dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan . malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along . pada ibu , Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya . apa yang dikata tidak pernah didengarnya . selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah . disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya .
selepas ibu dan Atih keluar , Along juga turut keluar . dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya . tiba di satu kedai , kakinya tiba-tiba berhenti melangkah . matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang dilengkapi dengan tudung bermanik . "cantiknya , kalau ibu pakai mesti lawa ni" dia bermonolog sendiri . Along melangkah masuk ke dalam kedai itu .
sedang dia membelek-belek jubah itu , bahunya tiba-tiba disentuh seseorang . dia segera menoleh . rupa-rupanya itu Fariz , sahabatnya . "laa .. kau ke . apa kau buat kat sini ?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz . "aku tolong jaga butik kakak aku . kau pulak buat apa kat sini ?" soalnya pula . "aku takde buat apa-apa , cuma tengok-tengok baju ni . aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" jelas Along jujur . "waa .. bagus laa kau ni Azam . kalau kau nak beli , aku bagi potongan harga 50% . macam mana ?" terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu . "betul ke ni Riz ? nanti marah kakak kau" Along meminta kepastian .
"Untuk kawan baik aku , kakak aku mesti bagi punya" balas Fariz meyakinkannya . "Tapi aku kena beli minggu depan laa . Aku tak cukup duit sekarang ni" cerita Along keseganan . Fariz hanya menepuk bajunya sambil tersenyum . "Kau ambil dulu , lepas tu kau bayar sikit-sikit" kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju . Dia tidak mahu berhutang begitu . Jika ibunya tahu , mesti dia dimarahi lagi silap-silap dipukul lagi . "Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni ?" Soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu .
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu . "Tak sampai sepuluh ringgit pun , Riz . Takpelah , aku datang beli minggu depan . Kau jangan jual dulu baju ni tau" pesan Along bersungguh-sungguh . Fariz hanya mengangguk senyum .
Hari semakin lewat . Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh . Setelah tiba , kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah . Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu . Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur . Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi , dia belum makan lagi . Penutup makanan diselak . Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja .
Tanpa berlengah , dia terus makan sambil ditemani Si Tomei , kucing kesayangan arwah ayahnya . "Baru nak balik waktu ni ? Buat hal apa lagi kat luar tu ?" Soalan ibu yang bernada sindir itu membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan yang didalam pinggan . "Kenapa tak makan kat luar je ? Tau pulak bila lapar nak balik rumah" leter ibu lagi . Along hanya diam . Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamba seperti tidak ada apa-apa yang berlaku . Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan . Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati .
"Along ni teruk tau . Suka buat ibu susah hati . Kerana Along , ibu kena marah dengan pengetua tu" marah Angah , adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM . Along mendiamkan diri . Diikutkan hati , mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tapi melihat kelibat ibunya yang masih disitu , dia mengambil jalan untuk membisu sahaja . "Along , kalau tak suka belajar , berhenti jelaa ! Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu" sampuk Alang , adik lelakinya yang menuntu di sekolah berasrama penuh .
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar . Hatinya terluka melihat sikap mereka semua . Dia tahu , pasti ibu mengadu pada mereka . Along mengangkat muka memandang wajah si ibu . Wajah tua si ibu masam mencuka . Along tidak tahan lagi . Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya . Perasaannya menjadi kacau . Fikirannya bercelaru . Hatinya pula menjadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka . Along sedar , kalau dia menjawab , pasti ibu semakin membencinya .
Along nekad , esok pagi-pagi dia akan tinggalkan rumah . Dia akan mencari kerja di Bandar B . Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok . Seperti yang dinekadkan , pagi itu selesai solat subuh , Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian , Along keluar dari rumah tanpa ucapan selamat . Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu .
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari . Justeru , dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu . Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan . Nasib menyebelahinya . Tengah hari itu , dia diterima bekerja dengan Abang Jep sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal . Upahnya rm15 sehari . Along rasa sangat bersyukur dan gembira . Gembira kerana tidak lama lagi , dia dapat membelikan jubah untuk ibu .
Hari ini , hari keempat Along keluar dari rumah . Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along diluar . Dia juga berasa agak rindu dengan Along . Entah kenapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along . Terapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain .
Seperti hari-hari yang sebelumnya , Along bekerja keras membantu Abang Jep di bengkelnya . Sudah lebih 10 hari Along bekerja disitu . Sikap Abang Jep yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang terluka . Abang Jep baik . Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya secara percuma . "Azam , kalau aku tanya kau , jangan marah ye ?" Soal Abang Jep tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu . "Macam serius je bunyinya Abang Jep ?" Along kehairanan . "Sebenarnya , kau lari dari rumah kan ?"
Along tersedak mendengar soalan itu . Nasi yang disuap ke mulutnya tersembur keluar . Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan . Melihat keadaan Along itu , Abang Jep segera menghulurkan air . "Kenapa lari dari rumah ? Bergaduh dengan parents ?" Tanya Abang Jep lagi cuba menduga . Soalan Abang Jep itu benar-benar membuatkan hati Along sebak . Along mendiamkan diri . Dia terus menyuapkan nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan . Dia cuba menundukkan mukanya , cuba menahan perasaan sedih .
"Azam , kau ada cita-cita tak ? Atau ada impian apa-apa ke ?" Abang Jep mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi . "Ada" jawab Along pendek . "Kau nak jadi apa satu masa nanti ? Jurutera ? Doktor ? Cikgu ? Pemain bola ? Artis ? Mekanik macam aku atau apa ?" Along menggeleng-gelengkan kepala . "Semuanya tidak . Cuma satu je . Saya nak mati dalam pangkuan ibu saya" jawab Along disusuli ketawanya . Abang Jep melempar tulang ayam kepada Along yang tidak serius menjawab soalannya itu .
"Alaa , gurau jelaa Abang Jep . Sebenarnya , saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan nak jadi anak yang soleh" perlahan saja suaranya namun masih jelas didengari di telinga Abang Jep . Abang Jep tersenyum mendengar jawapannya . Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik . Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita menghantar ibu ke Mekah .
Setelah tamat waktu rehat , mereka menyambung kerja masing-masing . Tidak seperti selalu , petang itu Along kelihatan banyak berfikir . Mungkin terkesan dengan soalan Abang Jep sewaktu makan tengah hari tadi . "Abang Jep , hari ni saya nak balik rumah . Terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel . Abang Jep yanh sedang mencuci tangannya hanya mengangguk . Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga .
Sebelum berlalu , Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu . Ini menyebabkan Abang Jep berasa agak sebak . "Abang Jep , jaga diri baik-baik . Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Jep tu , saya hadiahkan untuk Abang Jep" kata Along lagi . "Tapi , kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke runah aku" soal Abang Jep . Dia risau kalau-kalau Along tersalah anggap dengan soalannya tadi .
Along hanya senyum memandangnya . "Tak apa , saya bagi kat Abang Jep . Abang Jep , terima kasih banyak-banyak ye . Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang . Tapi saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" balasnya dengan tenang . Sekali lagi Abang Jep memeluknya bagai seorang abang yang memeluk adiknya yang akan pergi jauh .
Berbekalkan upahnya , Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu . Setibanya di sana , tanpa berlengah , dia terus ke tempat dimana jubah itu disangkut . "Hey Azam , mana kau pergi ? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau . Kau lari dari rumah ke ?" Soal Fariz menyedari kedatangan sahabatnya itu . Along hanya tersengih menampakkan giginya . "Azam , mak kau marah kau lagi ke ? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik haritu ?" "Takpelah , perkara dah berlalu . Lagipun aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni" terang Along dengan tenang .
"Kau jadi mangsa , Azam . Tengok , kalau kau tak bagitau , mak kau ingat kau yang salah" kata Fariz lagi . "Tak apalah Riz . Aku tak nak ibu aku sedih . Lagipun aku tak kisah . Aku sangat sayangkan ibu aku" "Azam , kau ni .." "Aku ok . Lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku . Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu .
"Aku nak beli jubah ni , Riz . Kau tolong balutkan ek . Jangan lupa lekatkan kad ni sekali , ok" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu . "No problem . Tapi mana kau dapat duit ? Kau kerja ke ?" Soal Fariz ingin tahu . "Aku kerja kat bengkel Abang Jep . Jadi pembantu dia" jelas Along . "Abang Jep mana ni ?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu" terang Along dengan panjang lebar . Fariz mengangguk . "Azam , kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila ?" "Hari ni laa" balas Along . "Oo , hari lahir ibu kau , hari ni ya ?" "Bukan , minggu depan" "habis , kenapa kau tak tunggu minggu depan je ?" Soal Fariz lagi . "Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni . Lagipun , aku harap lepas ni ibu tak marah aku lagi" jawabnya sambil mengukir senyum .
Along keluar daripada kedai . Kelihatan hujan mulai turun . Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu . Sambil menunggang , Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu . Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II . Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya , sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya . Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin , ia hilang kawalan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak .
Akibat perlanggaran yang kuat itu , Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya . Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya . Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu . Dengan sisa kudrat yang ada , dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu . Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu .
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya . Kepalanya juga terasa sangat berat , pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat . Dalam keparahan itu , Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya . Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut . Dia tahu wanita itu adalah ibunya . Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu .
Along gembira . Itu kucupan daripada ibunya . Dia juga dapat mendengar suara Angah , Alang dan Atih memanggil-manggil namanya . Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu . Along semakin lemah . Namun dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu . "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman . Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya . Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu , Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi . Suara ibu , Angah , Alang dan Atih semakin sayup terdengar . Matanya sudah sangat berbinar . Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin .
Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri , Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih . Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali . Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi . Pandangan Along semakin kelam . Sebelum matanya tertutup rapat , terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya . Akhirnya , Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya .
Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia . Si ibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along . Dia lebih menurut nafsu dan emosi . Along sudah pergi untuk selama-lamanya . Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula . Sebaik pengebumian jenazah Along , si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah , Alang dan Atih . Begitu juga perasaan yang dirasai Angah , Alang dan Atih . Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan .
Sedang melayani perasaan masing-masing , Fariz tiba-tiba muncul . Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini . "Makcik , ampunkan segala kesalahan Azam . Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik . Sebenarnya , waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan , Malik datang dekat kami . Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam . Lepas tu , dia ejek-ejek Azam . Dia cakap Azam anak pembunuh . Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap , ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila . Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"
Cerita Fariz dengan nada sebak . Si ibu terkejut mendengarnya . Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik . "Tapi , kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz ?" Soalnya dengan sedu sedan . "Sebab Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu . Dia cakap , dia tak nak makcik jatuh sakit lagi , dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan , dia terima . Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi . Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu .
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz . Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi . Terasa seluruh anggota badannya menjadi lemah . Berbagai perasaan mencengkam hatinya . Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka .
Dengan lemah , wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya . Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca . ˜Buat ibu yang sangat dikasihi , ampunkanlah salah silap Along selama ini . Andai Along melukakan hati ibu , Along pinta sejuta kemaafan . Terimalah maaf Along bu . Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi . Ibu , Along sayang ibu selama-lamanya . Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu . UNTUKMU IBU!"
Kad itu dilipat dan dicium . Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi . Sekali lagi si ibu menangis semahu-mahunya . Segala perasaan sedih , pilu , sayang , menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya . Setelah beberapa lama , si ibu tenang semula . Di dalam hatinya si ibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini . Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredhainya sebagai anak yang soleh . Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"
Mereka terus terkenangkan Along , sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata , berdiri roh Along memerhatikan Ibunya dan mereka . Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya . Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya . Roh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana .
-Terdapat banyak nilai-nilai murni yang dapat kita ambil dan jadikan pengajaran dalam cerpen ini . semoga bermanfaat . Assalamualaikum-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan