Isnin, 24 Jun 2013
Dimanakah Letaknya Cinta Kita ? ~
Jerebu ~
Ahad, 23 Jun 2013
Bulan Syaaban :) ~
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, “Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
“Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan”
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!” Kata saya (Nabi Muhammad SAW): “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.
-dipetik dari artikel Iluvislam-
Jumaat, 21 Jun 2013
Husnuzon :) ~
Sabtu, 8 Jun 2013
Kenapa Jodoh Tak Kunjung Tiba ? ~
2. Jika kamu pergi membuat tenang kerana dapat menjaga kehormatannya
3. Taat pada suami
Berganding Bahu Menuju Ilahi ~
Manisnya Pernikahan Kerana Iman ~
Cinta Yang Teristimewa ~
Cerpen : Kasih Sayang Seorang Anak :) ~
Along keluar daripada kedai . Kelihatan hujan mulai turun . Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu . Sambil menunggang , Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu . Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II . Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya , sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya . Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin , ia hilang kawalan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak .
Akibat perlanggaran yang kuat itu , Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya . Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya . Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu . Dengan sisa kudrat yang ada , dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu . Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu .
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya . Kepalanya juga terasa sangat berat , pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat . Dalam keparahan itu , Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya . Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut . Dia tahu wanita itu adalah ibunya . Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu .
Along gembira . Itu kucupan daripada ibunya . Dia juga dapat mendengar suara Angah , Alang dan Atih memanggil-manggil namanya . Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu . Along semakin lemah . Namun dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu . "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman . Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya . Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu , Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi . Suara ibu , Angah , Alang dan Atih semakin sayup terdengar . Matanya sudah sangat berbinar . Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin .
Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri , Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih . Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali . Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi . Pandangan Along semakin kelam . Sebelum matanya tertutup rapat , terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya . Akhirnya , Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya .
Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia . Si ibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along . Dia lebih menurut nafsu dan emosi . Along sudah pergi untuk selama-lamanya . Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula . Sebaik pengebumian jenazah Along , si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah , Alang dan Atih . Begitu juga perasaan yang dirasai Angah , Alang dan Atih . Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan .
Sedang melayani perasaan masing-masing , Fariz tiba-tiba muncul . Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini . "Makcik , ampunkan segala kesalahan Azam . Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik . Sebenarnya , waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan , Malik datang dekat kami . Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam . Lepas tu , dia ejek-ejek Azam . Dia cakap Azam anak pembunuh . Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap , ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila . Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"
Cerita Fariz dengan nada sebak . Si ibu terkejut mendengarnya . Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik . "Tapi , kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz ?" Soalnya dengan sedu sedan . "Sebab Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu . Dia cakap , dia tak nak makcik jatuh sakit lagi , dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan , dia terima . Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi . Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu .
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz . Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi . Terasa seluruh anggota badannya menjadi lemah . Berbagai perasaan mencengkam hatinya . Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka .
Dengan lemah , wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya . Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca . ˜Buat ibu yang sangat dikasihi , ampunkanlah salah silap Along selama ini . Andai Along melukakan hati ibu , Along pinta sejuta kemaafan . Terimalah maaf Along bu . Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi . Ibu , Along sayang ibu selama-lamanya . Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu . UNTUKMU IBU!"
Kad itu dilipat dan dicium . Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi . Sekali lagi si ibu menangis semahu-mahunya . Segala perasaan sedih , pilu , sayang , menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya . Setelah beberapa lama , si ibu tenang semula . Di dalam hatinya si ibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini . Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredhainya sebagai anak yang soleh . Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"
Mereka terus terkenangkan Along , sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata , berdiri roh Along memerhatikan Ibunya dan mereka . Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya . Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya . Roh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana .
-Terdapat banyak nilai-nilai murni yang dapat kita ambil dan jadikan pengajaran dalam cerpen ini . semoga bermanfaat . Assalamualaikum-